Sunday 31 July 2016

ESC pada Proton Iriz.....ABS dan EDB pada Produa Bezza....

ESC singkatan bagi Electronic Stability Control...sistem ni akan automatik diaktifkan bila on board computer dapat kesan pemandu hilang kawalan...apabila diaktifkan, sistem akan secara automatik membrek salah satu dari empat tayar untuk kembalikan kawalan kereta. Hal ini dapat mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 30%.

ABS dan EBD pula singkatan untuk Anti-lock Braking System(ABS) dan Electronic Brake Distribution(EBD)....ABS berfungsi menghalang tayar terkunci ketika membreak...jika tayar terkunci ketika membrake,tayar akan mengelincir sahaja di atas jalan raya dan tidak dapat dikawal....ABS  membolehkan kereta dikawal walaupun semasa membreak....dan menjadikan tayar kereta lebih mencengkam jalan ketika membreak menjadikan jarak membreak lebih pendek..

EBD pula membantu membreak dalam keadaan jalan basah....komputer akan mengesan kadar cengkaman(traction) pada setiap tayar....jika 2 tayar di dalam lopak air,dua di atas tar...komputer akan menyalurkan lebih daya membreak pada 2 tayar di atas tar...

Monday 4 April 2016

Gearbox CVT proton saga flx review

masa nk beli keta ni dulu aku pon blurr apa tu CVT...pi google kalao nk tau detail..aku nk cerita mcm mana feel bawak saga flx cvt sbb masa nk beli dulu aku cari maklumat ni kat internet tp xjumpa..dia xsama mcm gearbox auto biasa, rasa dia mcm bawak motor skuter ja...smooth...xrasa gearbox tukar2 gear mcm auto biasa sbb dia mmg xda gear...beza dia dari gearbox skuter cuma kalao lepas minyak,kereta still meluncur ke hadapan mcm free gear...kalao berenti kat trafik light yg cerun, kereta tak berundur ke belakang..so far aku mmg suka gearbox cvt,senang...penah ter masuk gear Reverse time kereta tengah laju,kalao gearbox majual mmg habis dah....cvt ni dia bunya "totttttttt"....pastu dia free gear....nasib baik,kalao tak rabak la kocek,hehe....tapi jgn buat silap mcm tu time kereta bawah kelajuan 10km/j,nanti dia masok gak gear reverse tu....gedegung bunyi.....adoiiii,nasib baik xrosak cvt ni....